Saturday, April 7, 2012

Oh Tuhan Dia Umpama Bidadari

Share/Bookmark
Jika sifat sifat wanita kesukaanku yang ada padanya ku kira dengan bintang. Maka 7 malam bintang bertaburan di langit baru dapat ku habiskan pengiraan ku. Tapi ku tahu, dia terlalu sibuk untuk tahu semua ini hari ini. Lebeh parah lagi dia tidak baca post ini hari ini. Mungkin esok, mungkin lusa, siapa tahu. 

Disaat aku menulis entry ini, aku harap sangat mereka yang terbaca entry ini dapat mengingatkan Dia bahawa aku rindu padanya. Tapi apekan daya, aku tidak pernah bercerita tentang dirinya. Aku cume berharap Dia teringin mahu bercakap dengan ku sama seperti betapa aku teringin bercakap dengannya. Tapi apakan daya, Dia tak mungkin akan merasainya sekarang juga. 

Ini bukan kesah cinta teragung di dunia dan ini bukan kesah 500 tahun usianya. Ini cume kesah aku. Yang lain tak perlu tahu sebenarnya, kerana kite selalu cipta dunia kita sendiri. Aku tak mengenali kawan mu lebeh rapat dan kamu tidak pula mengetahui kawan ku lebeh baik dari sebelumnya. Itu perkara biasa bagi kita. 

Pernahkah korang merasa ingin melarikan diri dari semua orang dan menyembunyikan diri setetika? Tapi kemana aje kite nak pergi selain ke bilik kite sendiri. Kemana lagi nak kite mengadu perkara personal melainkan kite pendam sendiri kepedihan yang kite ada. Ape yang kite tahu, bile kite bersama dia, kite happy sentiasa. Pada saat itu, kite maapkan semua yang dia pernah kate, buat, lihat, mahupun hanya Dia pikirkan. Kita maafkan dia umpama ini hari raya pertama bagi kite. 

Sabtu, 5:42 Petang. Puncak Alam. 

Hujan telah mula menitik di luar rumah, semakin lama semakin lebat keadaannya. Sama seperti dalam hati yang aku ada. Siapalah kita nak pendam semuanya, kite serah je kepada yang Maha Esa. Aku tiada apa apa, tak mampu berbuat apa apa, sama seperti biasa. Cuma ku harap aku diizinkan  mencium dahinya sekarang juga.  Tapi apakan daya, Dia tiada. 

Ya Allah, 

Aku memohon ampun padaMu, Aku tahu aku selalu lupe tatkala aku bangon dari tidurku untuk mengingatiMu. Tapi aku selalu ingat padaMu bile aku ingin tidur. Aku lupekan Mu bile aku tertawa terbahak bahak, tapi aku mengingatiMu di saat aku dalam kesedihan. Aku lupekanMu bile aku jatuh cinta, tapi aku mengingatiMu bile aku membenci seseorang. Aku lupekanMu bile aku sedang makan, tapi aku mengingatiMu bile aku lapar. Aku lupekanMu bile aku mula bercakap, tapi mengingatimu bile tiada apa lagi yang aku mampu cakapkan. Aku lupekanMu bila aku marah, tapi mengingatiMu bile aku harus bersabar tak mampu melakukan apa apa. Tapi tolonglah, Tolong lah aku YaAllah s.w.t. Jangan buat ku lupe bahawa aku akan mati kelak. Sebab aku akan mengingatimu di saat aku masih hidup. 

Ya Allah Dia umpama bidadari. 

Tunjukkan aku untuk mendapatkan dirinya, sepenuhnya. Permudahkan urusan ku untuk menerima segulung ijazah. Agar urusan kami dapat dipercepatkan. Dapatkan aku kerja yang baik, untuk aku membeli semua kemahuannya. Rahsiakan hubungan kami, agar tidak timbul riak dan sifat menunjuk nunjuk yang lainnya. Dan kalau betul aku miliknya, Permudahkanlah.

Amin.

P/s: Untuk gadis yang aku cinta. Dia.
Baca Lagi - "Oh Tuhan Dia Umpama Bidadari"

Saturday, March 31, 2012

Experiment: Happy Birthday

Share/Bookmark
12:05 Pagi 31 March 2012

Experiment aku tamat setelah jam menunjukkan pukul 12 tengah malam 31 March 2012. Aku telah membuktikan bahawa kalau takde Facebook, tak ramai pon yang ingat birthday aku. Kalau orang lain selalu cerite pasal perkara yang harus di ingati semasa Birthday diorang, aku pulak nak cerite perkara yang aku harus lupekan mase birthday aku. 

Yang lebeh menyedihkan, kawan baik aku sendiri lupe pasal birthday aku. Si @Topanesta , @Lassiegewdix dan @Aaleechaa semua lupe pasal birthday aku. Bukan itu sahaja, orang orang penting dalam hidup aku sendiri lupe pasal birthday aku. Takpe Fahmie, mungkin mereka sebok pikir pasal hal diorang, aku bermonolog. Takpe, Aku kan hanya wujud bile mereka memerlukan pertolongan.   Aku bermonolog lagi. 

Hasil daripada experiment yang aku jalankan. Aku dah dapat buat satu hipotesis. 
"Jika Facebook tidak mengingatkan kite, maka kite tidak ingat birthday kawan kite" 
Orang yang wish Birthday kat aku kurang dari 10 orang. Dan orang yang wish aku di Facebook. KOSONG. Untuk pertama kalinya dalam sejarah aku main social network nie. Kalau Tahun lepas aku cerite notification aku jejak 1000++ sebab orang wish Selamat Ulang Tahun, Selamat Hari Lahir, Selamat Hari Tua, Happy Birthday,HB.... HB? what the hell is HB? dan lain lain lagi yang same maksud dengannya.   Sorry, tahun nie langsung takde. 

So, ape pulak yang jadi sepanjang Birthday aku semalam? 

Tiada apa apa. 

30.3.2012

-tamat-

p/s: Mak. You are the best. Mak orang pertama yang wish. 
Baca Lagi - "Experiment: Happy Birthday"

Saturday, March 24, 2012

Kesah Sedih Hari Sabtu

Share/Bookmark
Semuanya bermula bila aku ingin memulakan hari baru aku selepas aku aktifkan "mode horizontal life pauses" atau bahase melayunye adalah"tidur". Badan aku kebas kebas kibas kari babas gitu. Mungkin sebab aku telah activekan "Mode  Hi World You Make Me Mellow" atau bahase melayu dye "Hotak kau aku tak tido 29 jam doe". Itu perkara biase. Harimau di hutan kupatahkan leher, inikan pula tak tido. 

Dalam aku dipeluk erat selimut edaran WINDSIR yang aku tak penah dengar jename ape nie. Aku teringin nak makan Toasted Bread pagi pagi nie. Untuk mendapatkannya aku harus berguling guling ke hujung katil. Pakai selipar jepun aku nie. Garu bontot. Bangon dan pergi ke gerobok aku. Sayang sekali, takde seluar pendek disitu. Baru perasan aku tertido bogel malam tadi lepas mandi lupe pakai seluar. 

Tak perlu risau. Sebab aku rase aku ade letak seluar pendek aku kat tempat lain aku rase. Aku bukak laci atas dan laci bawah. Lepas tu aku bukak laci bawah dan laci atas. Aku cari di merata tempat dalam gerobok tu. Hampa. Takde. Yang ade cume seluar pendek yang kotor di dalam karong baju kotor. Ape yang aku perlu buat nie? Buntu. 

Kalau aku nak pakai baju formal. Aku perlu lebeh productive hari nie. Tapi hari nie hari sabtu. Mane ade orang productive hari sabtu. Aku dah bertukar ke "Mode Panic At The Disco". So ape yang aku kene buat sekarang nie? 

Aku mengelamun lagi, takut, fikiran bercelaru, kilat sabung menyabung, deruan ombak rindu mencakar persisir pantai. Dan aku masih takde idea macam mane aku nak makan Toasted Bread pagi pagi nie. Aku rase macam dunia aku dipenuhi kegelapan. Macam dah takde harapan nak hidup. Sekali lagi. Aku tahu, mesti ade kat mane mane punyer seluar pendek yang bersih tu. Cume aku je yang tak jumpe. 

Aku teringat yang aku belum gosok gigi. Aku capai tuala, tutup mane yang patot. Terus masuk bilik air. Jangan ditanye ape aku buat dalam bilik air. Ayat tu dah cliche. Lepas tu barulah aku terpikir. Asal aku tak pakai tuala je turun bawah? 

Sedih. 

p/s: Dah sampai masanya aku kene cuci kain baju aku. 
Baca Lagi - "Kesah Sedih Hari Sabtu"

Popular Post